Monday, March 20, 2017

on Leave a Comment

VIRAL!!! Tak Pasal2 Pyka Dipanggil Bodoh Selepas Viral Muka Sebijik Aiman Tino



SELEPAS tular di laman sosial dua hari lalu gara-gara memiliki wajah mirip penyanyi Aiman Tino, Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Pyka memberitahu dia dikecam teruk hingga dipanggil bodoh. 

 "Hampir setiap minit saya menerima pengikut baru di Instagram dan mesej bertalu-talu. Ada yang memaki-maki saya sampai panggil saya bodoh tapi ramai juga yang memberikan kata-kata positif. 

 "Awal-awal memang terkejut sebab dapat komen yang macam-macam, sampai ada yang tag akaun Aiman Tino di gambar-gambar saya.  Stress pun ada sebenarnya. 

 "Tapi selepas sehari dua, saya lebih tenang, tak rasa nak marah atau tertekan lagi," katanya eksklusif kepada Astro Gempak. 

 Pyka, 18, menegaskan dia tidak terkesan apabila disamakan dengan penyanyi lelaki itu namun menyifatkan perbuatan menyamakan wajah mereka satu perkara yang melucukan. 


 "Memang ada kawan-kawan tegur yang muka saya macam Aiman Tino, mungkin daripada sudut tepi. Tapi saya tetap tidak merasakan kami seiras," tegasnya. 

 Bercerita mengenai penangan selepas tersebarnya gambarnya yang disunting bersebelahan Aiman Tino, kata gadis kelahiran Pahang itu, dia terkejut apabila ada individu yang tiba-tiba menjerit memanggil nama Aiman Tino ketika dia berhenti di lampu isyarat. 

 "Semalam ada yang menjerit memanggil nama Aiman Tino ketika saya berhenti di lampu isyarat. "Masuk ke sebuah restoran pula ada yang terjerit-jerit cakap Aiman Tino datang makan. Malah ketika di kedai mak saya pun sekarang saya terpaksa bersembunyi di dapur sebab ada pelanggan datang cakap nak jumpa Aiman Tino," luahnya. 

 Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa Pyka dan kenapa tiba-tiba gambarnya tular di media sosial baru-baru ini. Jadi, kami kongsikan info menarik mengenai gadis tersebut. 


 1) Anak jati Temerloh, Pahang 
Pyka merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang dan beberapa kali bertukar sekolah. Kali terakhir menuntut di SMK Abu Bakar dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. 

 "Alhamdulillah, saya lulus semua subjek SPM tahun lalu. Buat masa ini tiada perancangan untuk melanjutkan pelajaran lagi," katanya yang ingin membantu keluarga dalam bisnes. 


2) Anak ketiga daripada 5 beradik Mempunyai lima adik-beradik dan merupakan anak ketiga. Salah seorang daripada abangnya sering dikatakan berwajah seakan-akan sama dengan Pyka. 

 "Saya anak perempuan sulung dalam keluarga dan orang selalu cakap wajah saya dan abang saya hampir sama. Mungkin ikut muka ayah," katanya. 

 3) Keluarga suka bisnes 
 Kedua-dua ibu dan ayahnya mengusahakan perniagaan makanan dengan membuka restoran. Cawangan pertama Nasi Ayam Kak Mala di Temerloh kini sudah melebarkan sayap dengan membuka dua cawangan tambahan di Bera. 


 4) Bakat berlakon 
 "Saya tak pandai menyanyi tapi minat berlakon dan menari. Ketika bersekolah di Jerantut saya pernah menyertai kelab teater dan beberapa kali berlakon atas pentas," tambah Pyka.

 5) Jaguh bola jaring Minat bersukan sejak kecil dan gemar bermain sukan bola jaring. "Selalunya saya akan menjaga bahagian pertahanan. 

 "Paling tinggi pun pernah bertanding di peringkat Sukan Remaja di Pahang pada tahun 2015. Selebihnya hanya wakil sekolah sampai daerah," ujarnya.

 6) Tidak kenal Aiman Tino Pyka mengakui dia tidak mengenali Aiman Tino sehingga gambarnya tular di Internet, namun pada masa sama khuatir situasi ini akan menjejaskan nama penyanyi itu. 

 "Sebelum viral, kawan-kawan ada memberitahu bahawa wajah saya mirip Aiman Tino tapi jujur saya katakan saya kurang mengenalinya sampailah dua hari lepas," kata Pyka. Mahu bertemu Aiman Tino? 

Jawab Pyka: 
"Entahlah, saya takut sebab orang cakap nanti saya akan tengok cermin." 


 7) Semakin popular "Pada mulanya saya cuma ada lebih kurang 4,000 pengikut di Instagram, sekarang sudah mencecah 8,000 orang. Memang terkejut!" jelasnya. 


 8) Pernah jual tudung Mula berjinak-jinak dalam bidang bisnes sejak tahun lalu selepas habis peperiksaan SPM dengan menjual tudung secara online menggunakan jenama qasyascarf. "Kini saya lebih gemarkan bisnes makanan dan mula menjual churros di restoran milik ibu saya," kata Pyka.
on Leave a Comment

7 Kelainan Tips Temuduga PTD Dari Seorang Mantan Diplomat



Mesti kalian tertanya-tanya kenapa saya yang dah 'pencen' sebagai diplomat ini, nak kongsi benda alah ini. Gara-gara saya kongsi warna baju untuk dipakai ketika temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), peti masuk FB (inbox) saya dipenuhi pertanyaan.

Baik, saya angkat bendera putih. Maafkan saya atas kudrat yang belum mampu menjawab semua pertanyaan itu. Saya mengerti dan faham kalian sedang berdebar menanti saat temuduga PTD.

Mudah-mudahan beberapa tip ini dapat membantu kalian.

Satu,

Berilah ucapan selamat atau salam dan berjabat tangan dengan erat (sesama jantina). Dari situ, kalian boleh mengenali peribadi panel.

Panel yang bersalam erat dan kita rasa kekuatan genggaman tangannya, menggambarkan beliau ialah seorang yang tegas dan serius. Panel seperti ini bukan boleh buat main-main. Fuh…. seram tak?

Sebab itu, di dalam sesi ‘personal coaching’ saya biasa kongsikan cara praktikal jabat tangan dengan lebih detail.

Dua,

Ketika memperkenalkan diri, cari kelainan. Memulakan perbualan dengan “Nama saya….berasal dari….” adalah klise.

Contohnya, cari 2-3 perkataan yang boleh menggambarkan diri kita. Kaitkan perkataan itu dengan diri kita.

“Saya dikenali dengan 2 perkara. Si Jawa yang boleh berbahasa Jepun dan nama yang begitu asing di telinga rakyat Malaysia…. Rudy Ludinata, itulah nama unik pemberian ayah. Saya lahir dan membesar sebagai anak Jawa di Banting Selangor. Pendidikan terakhir saya di Fukushima Jepun mendalami ilmu undang-undang dalam bahasa mereka sepenuhnya”.

Nah, ada kelainan bukan?

Tiga,

Soalan yang dikemukakan oleh panel biasanya berkaitan dengan intro yang berkisar tentang latar belakang diri kalian. Katakanlah kalian pernah menjadi pemimpin pelajar di universiti. Percayalah, ia tidak lari daripada topik itu. Misalnya,

“Bagaimana anda melihat kepimpinan Naib Canselor universiti anda dahulu dan sekarang?”

Empat,

Temuduga berjalan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sepenuhnya.

“TR, ada tak panel yang bilingual?”

Jawapan saya ada. Tip saya, kalau panel bertanya dalam bahasa Melayu, jawablah dalam bahasa itu sepenuhnya. Begitu jua sebaliknya.

Mencampur-adukkan bahasa dalam satu-satu ayat merendahkan mutu jawapan dan daya keintelektualan kita.

Lima,

Saya pernah tulis tip pemakaian formal sebelum ini kan? Bersedialah dengan pakaian tersebut untuk ke temuduga. Kalian harus tip top. Tiada kompromi tentang hal ini. Kajian menunjukkan Penampilan Diri mewakili peratus yang besar terhadap ‘First Impression’ para panel kepada calon.

Enam,

Ambil tahu dasar-dasar awam yang perlu. Dasar yang penting dan dekat dengan rakyat itu antara soalan yang sering ditanya.

“Tahu pasal UTC tak? Apa itu UTC dan apa fungsinya?”

Ini, kalau benda senang macam itu tak tahu memang menangis. kad pengenalan atau passport boleh buat di UTC. Ha, kan itu salah satu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Tujuh,

Pandangan dan pendapat manusia sering berbeza. Raikan perbezaan tersebut dengan emosi (EQ) terkawal. Bekerja sebagai PTD memerlukan kita bertugas dalam satu pasukan.

Bekerja bersendirian atau 'in silo" bukan ciri-ciri seorang PTD yang cemerlang. Apatahlagi, kita bakal berada di barisan hadapan. Integriti pula mesti jadi amalan.

Saya percaya 7 tip di atas hanyalah sebahagian tip yang boleh membantu kalian, dengan izin Tuhan.

Temu dan duga ialah formaliti pengesahan kalian yang bakal dipilih menjadi PTD. Lulus peperiksaan bertulis sudah satu hal. Berjaya ujian fizikal pula bukan senang. Terlepas peluang yang terakhir ini memang rugi. Saya yakin kalian orang yang bertuah.

Selamat maju jaya.

Rudy Ludinata
Mantan Diplomat Malaysia

Sila SHARE jika bermanfaat.

from Kiambang Merah http://ift.tt/2mHDRpA
on Leave a Comment

Didie Alias Anjur Lefest Tour Bukan Untuk Bersaing

Peka dengan kehendak dan juga keperluan rakyat Malaysia, kehadiran Lefest Tour di bawah perancangan Didie Alias dan juga pasukan ternyata memberi nafas baru kepada penganjuran karnival di Malaysia.

Malah menurut Didie sendiri, apa yang mereka lakukan kini adalah untuk lebih dekat dengan masyarakat. Malah strategi Lefest Tour mengadakan karnival di kawasan berhampiran peminat ternyata memberi kelebihan kepada orang ramai untuk sama sama merasai kemeriahan karnival ini.

“Karnival Lefest Tour ini kami buat memang harga yang mampu milik belaka. Ada pelbagai produk berasaskan fesyen, barangan kecantikan dan juga makanan. Memang meriah habis setiap kali kami menjelajah dengan karnival ini”

“Pada 24 hingga 26 Mac nanti, Lefest Tour akan diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu dan lebih 200 usahawan serta barisan selebriti akan diadakan di sini. Apa yang menarik, karnival yang diadakan di sini memang boleh bawa keluarga,” katanya.

Untuk karnival di Terengganu nanti, Lefest Tour akan turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Aiman Tino. Fuh, memang ramailah datang nanti nampaknya.

Tambah Didie, karnival yang berlangsung ini bukanlah berniat untuk bersaing dengan penganjuran karnival dari pihak lain. Apa yang diharapkan adalah karnival ini mampu memberi sokongan kepada vendor yang ada. Jika diikutkan, ini merupakan kali keempat Lefest Tour dan ternyata kini ia memberi harapan untuk dibawa ke beberapa lokasi terbaru di masa hadapan.

Apa yang lebih menarik lagi, sambutan yang menggalakkan dari setiap karnival membuatkan Lefest Tour merancang untuk mengadakan karnival jelajah ini ke Kota Kinabalu dan turut mendapat kerjasama RTM dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Sunday, March 19, 2017

on Leave a Comment

“Saya Terkejut Ramai Marah Kerana Pegang Tangan Dia”

Panas juga sekejap bila Uqasha Senrose baru baru ini berpegangan tangan dengan Shah Iskandar dalam satu majlis. Ramai pengguna laman sosial menyatakan perkara itu tidak wajar kerana Shah sudah pun berkahwin dan gelagat mereka umpama kekasih itu buat ramai yang tidak senang duduk.

BACA: “Uqasha Senrose Macam Adik Saya Sendiri”

“Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu. Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun”

“Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja. Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah,” katanya kepada Utusan Malaysia

Namun jawapan yang diberikan mereka tidak mampu meredakan kemarahan segelintir warga laman sosial. Malah ada yang menghentam Uqasha tidak henti henti namun Uqasha sehingga kini masih kental berdiri melawan kontroversi yang mendatang. (rtky/s)

on Leave a Comment

Hafiz Hamidun Nafi Kahwin Kerana Harta Isteri

Memang sampai bila bila anda tidak mampu untuk menutup mulut orang ramai dari berkata kata dan itulah juga yang terpaksa dihadapi oleh penyanyi naysid Hafiz Hamidun. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa perkahwinannya dengan pengasas produk kosmetik terkenal dan kaya, Joy Revfa adalah kerana harta.

BACA: Hafiz Hamidun Bakal Nikah Ibu Tunggal

“Sebenarnya saya sendiri tak kenal dan tidak mengetahui siapa dia pada peringkat awal. Jadi kalau ada tuduhan yang mengatakan saya menumpang kesenangan dia, anggapan tersebut tidak betul sama sekali”

“Sejak dahulu saya memang mencari pasangan hidup yang pandai berbisnes. Saya juga mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan tak mungkin mahu lagi menumpang orang lain. Jadi, bila bertemu dan ada keserasian, kami lanjutkan sahaja ke pernikahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini Hafiz Hamidun ada menyatakan bahawa dia tidak kisah mengenai status ibu tunggal bakal isterinya itu selain memberi contoh bahawa mengikut sunnah Nabi berkahwin dengan janda. Apa pun, semoga urusan pasangan ini dipermudahkan menjelang hari bahagia.(rtky/s)

on Leave a Comment

(Video) Gelabah Selepas Tersasul Ucap Terima Kasih Kepada Isteri Dan Teman Wanita



NAMPAK gayanya, seorang pemain bola sepak sebuah pasukan di Afrika Selatan mempunyai satu 'tugasan' tambahan apabila terlepas cakap dalam satu temu bual pasca perlawanan.

Mohammed Anas, yang bermain untuk  kelab Free State Stars, dipilih sebagai Man of the Match (pemain terbaik perlawanan) selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Ajax Cape pada Jumaat.

Dalam temu bual yang disiarkan secara langsung itu, Anas berkata dia sangat menghargai sokongan peminat, sebelum mengucapkan terima kasih untuk isteri dan teman wanitanya.


"Terima kasih atas pemilihan ini, saya hargai sokongan peminat. Isteri saya dan teman wanita saya....maksud saya isteri saya, maaf," kata Anas.

Anas seperti tidak dapat menyembunyikan rasa gelabahnya apabila tersasul, dan sempat mengungkapkan kata-kata cinta buat isterinya.

"Saya minta maaf, saya cintakan awak. Saya sangat cintakan awak, jujur dari hati saya," tambah Anas.

Apapun, nampaknya Anas kini perlu memberi penjelasan kepada isterinya berhubung kenyataan yang dibuatnya itu. - Awani

from Kiambang Merah http://ift.tt/2nbIX14
on Leave a Comment

Kisah Di Sebalik Bagaimana Empayar Rotikaya Dibina

Bila kali pertama anda tersangkut hati dengan Rotikaya? Saya tahu, ramai yang sudah mengikuti kami sejak sekian lama malah kalau tengok balik gambar gambar lama, boleh mengimbau kembali kenangan lama. Hari ini adalah hari bertuah anda kerana saya, Hamzie Hambali akan bercerita serba sedikit tentang sejarah penubuhan Rotikaya – yang mungkin anda tak pernah tahu sebelum ini.

Bermula pada tahun 2010, saya ambil keputusan berhenti kerja dan mengambil risiko untuk menjalankan perniagaan dan menubuhkan syarikat yang diberi nama Rotikaya bersama rakan niaga saya, Mohd Ismail. Masa awal awal dulu, memang main redah saja semua. Kalau ada sidang media, kami turun padang. Malah dari situ juga mula kenal erti dunia hiburan tanah air.

Lama kelamaan sayap perlu dilebarkan dan kami mula mencari rakan untuk bekerjasama. Terima kasih kepada era.fm kerana sudi bekerjasama pada awal awal dulu. Kemudian tak lama selepas itu, kami pun mula berjinak jinak dengan produksi video klip – Tapi Bagaimana (layan betul lagi ini) dan ada lagi yang tak sempat nak senaraikan di sini.

Macam macam dugaan jugalah sepanjang memastikan jenama Rotikaya ini sentiasa meniti di bibir anda dan dalam masa yang sama juga kami turut mencari strategi baru selain servis pengiklanan di Rotikaya. Sebabnya, bukan senang tahu nak bagi jenama anda kekal relevan.

Nampak senang tapi untuk mendapat kepercayaan jenama besar bukanlah satu perkara mudah. Penuh liku yang mencabar, hari demi hari kami mula mendapat perhatian jenama besar seperti Watson, Levis, Himalaya, GSC Movies, Air Asia, Maxis, Jakel dan banyak lagi jenama lain yang mungkin anda pernah tengok sendiri di Rotikaya.

Tahun demi tahun mendatang, setelah anda asyik tengok gosip dan gelagat anak anak artis saja di Rotikaya, kami lahirkan Vitdaily, khas buat anda yang kaki makan dan juga travel.

Tidak mahu terus berhenti di situ, kami juga hadir dengan jenama Hanasuva yang baru dibina dan akan diperkenalkan di kalangan pengguna.

Produk yang ada di Hanasuva tak lain tak bukan adalah untuk memberikan manfaat dan membantu anda.

Jujurnya kami sangat berterima kasih dengan anda kerana sentiasa sokong kami, tak kisahlah yang selalu komen positif atau negatif lebih lebih lagi bila kami sudah berada di tahap sekarang. Eh, panjang dan banyak lagilah kami nak kongsikan dengan anda.

Tak cukup tulis panjang panjang di sini. Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut dan mendalam, jangan lupa tunggu saya live di Facebook Rotikaya pada hari Selasa ini (21 Mac 2017). Jangan terlepas peluang ya, bukan selalu ada peluang sebegini!

Saturday, March 18, 2017

on Leave a Comment

Jika Berhenti Kerja, Bagaimana Nak Bayar Hutang PTPTN? Ikuti 6 Langkah Ini


“Kalau berhenti kerja, macam mana nak bayar hutang PTPTN?”

Ada banyak sebab seseorang belum mampu atau terpaksa menangguhkan membayar hutang PTPTN. Mungkin ada fresh graduate yang belum dapat kerja, nak mulakan bisnes sendiri, atau kebanyakan kes wanita pula terpaksa berhenti kerja dan jadi surirumah atas keperluan keluarga (macam sayalah).
Tapi, walau apa pun alasan kita – hutang tetap hutang. Dan apabila berhutang, kita wajib bayar balik. Dulu masa berhutang tak pernah nak beringat, sekali dah terkena barulah tahu (macam saya juga).
Jumlah Hutang PTPTN Bukannya Sedikit
Sehingga hari ini, sudah hampir 5 tahun saya berhenti kerja. Nak ditakdirkan, hutang PTPTN saya bukannya sedikit. Saya menuntut dalam bidang profesional (arkitek) di sebuah universiti awam dan mengambil pembiayaan penuh PTPTN. Kos pembiayaan bagi bidang ini mencecah RM35,000 bagi 5 tahun pengajian. Maksudnya, sebaik saja saya graduate, selepuk ada hutang RM35,000 yang perlu dilangsaikan kepada PTPTN dan jumlah ini belum lagi termasuk bunga atau kos pentadbiran.
Selepas graduate, saya mula bekerja. Cukuplah untuk menampung perbelanjaan harian, bayar hutang PTPTN, menabung untuk kahwin, dan ada lebih sedikit untuk beri kepada mak dan ayah. Tapi bagi seorang perempuan, biasalah, selepas berkahwin keadaan mula menjadi sedikit kompleks.
Semuanya bermula apabila suami saya dapat tawaran mengajar yang ditunggu-tunggu – tapi tak sangka pula kena ‘posting’ di Sarawak. Ketika ini, saya baru lepas bersalin dan sedang dalam tempoh cuti bersalin. Pening juga nak memikirkan bagaimana saya perlu mengatur hidup – sama ada nak teruskan kerja di sini dan ‘bercinta jarak jauh’ sambil uruskan anak sendiri ATAU nak ikut suami ke Sarawak.
Saya tak fikir panjang dan nekad ikut suami ke Sarawak – bukannya Kuching, Miri, atau Bintulu…tapi Betong. Mesti tak pernah dengar, kan?
Kawasan ini agak jauh ke dalam dan lapangan terbang terdekat adalah sejauh 3 jam perjalanan. Tapi bukanlah rumah atas pokok ya. Ada ‘line’ internet , rumah teres dan siaran TV Astro Njoi.
Berbalik pada kisah hutang saya tadi.
Sekarang saya dah berhenti kerja, tak ada pendapatan, dan masih berhutang. Jadi, apa yang perlu dilakukan supaya hutang ini tak menimbun dan menjadikan saya seorang yang kena ‘blacklist’?
1. Kaji Keadaan Kewangan
Pertama sekali, saya nak tahu berapa lama saya boleh bayar habis loan PTPTN tanpa mengharap gaji suami? Tak kisahlah melalui bisnes baru, melalui gaji simpanan terdahulu, ihsan suami, dan sebagainya. Dengan cara ini, baru kita boleh nampak berapa lama kita boleh membayar hutang PTPTN tanpa mencari sebarang sumber pendapatan.
Selepas dikira-kira, hanya dalam 1-2 bulan saja yang mampu saya bayar. Nak harapkan simpanan bukannya banyak mana memandangkan kami berdua baru 2 tahun bekerja. Sebahagian besar simpanan pula dah dibuat belanja untuk majlis perkahwinan. Memang tak ada istilah nak bermewah.
Masa berpindah, kami datang sehelai sepinggang berbekalkan luggage 20 kg. Kereta pula suami pakai kereta lama ayahnya. Kereta ini dibawa ke Sarawak dengan kargo, kami masuk pula rumah kosong yang tak ada perabot. Bayangkanlah betapa adventure-nya akaun kami berdua ketika itu.
2. Mohon Penangguhan Jika Perlu
Tahu tak, lepas bayar 2-3 tahun, jumlah hutang itu sebenarnya tak bergerak pun sebab yang dibayar habis dekat bunga dan kos pentadbiran. Sedangkan saya dah bayar mengikut jadual pelarasan (masa ini menggunakan sistem konvensional). Patutnya, masa berduit dulu, bayarlah lebih sedikit. Jadi, penting untuk kita update akaun PTPTN ini selalu. Rujuklah laman web PTPTN. Di sana kita boleh tengok berapa bayaran yang telah dibuat dan berapa jumlah bayaran yang tinggal.
Kalau nak minta penangguhan pun boleh. Tapi saya pernah tanya dengan Pegawai PTPTN, adakah bunga dan kos pentadbiran dapat dibekukan kalau kita memohon penangguhan. Dia jawab tak. Sama saja macam kita tak bayar, dan hutang itu pun bertambah. Jadi, buat apa mohon penangguhan? Supaya tak kena blacklist bila dah lama sangat berhenti membuat bayaran.
Oleh kerana saya malas dan kononnya saya boleh bayar balik dalam masa terdekat, saya tak mohon penangguhan.
3. Strukturkan Peminjaman Semula
Lepas hidup dah agak stabil di Sarawak, suami saya offer’untuk sambung bayarkan hutang PTPTN saya. Tapi saya ‘malu-malu kucing’. Dekat setahun juga saya tak bayar PTPTN. Tapi Alhamdulillah nama saya tak disenarai hitam.
Jadi, saya cuba berunding dengan Pegawai PTPTN melalui Facebook dan lepas itu mereka bagi nombor pegawai melalui WhatsApp. (Kalau ada pertanyaan, tanya saja dekat Facebook mereka. Seingat saya mereka memang sangat responsif. Laju saja menjawab segala pertanyaan. ‘Salute!’)
Pihak PTPTPN mencadangkan saya untuk strukturkan semula peminjaman saya dan tukar kepada Ujrah. Kalau tukar kepada Ujrah ini memang bagus sebab bayaran setiap bulan tetap dan takkan bertambah walaupun ada kejatuhan matawang Ringgit atau sebagainya. Pegawai PTPTN juga akan membantu memaksimakan tempoh pinjaman untuk menetapkan bayaran yang sesuai dengan kemampuan kita setiap bulan.
Kos pentadbiran bagi pinjaman Ujrah adalah lebih rendah dan boleh jimat hingga 47%. Berbanding sistem konvensional yang dulu, awal-awal bayar sedikit, tapi lama-lama akan meningkat. Gerun tengok jumlah bayaran bulanan yang kena dibuat dalam masa 5-10 tahun lagi. Dah macam beli kereta sebiji.
Permohonan Ujrah ini prosesnya tidak sesukar mana. Kalau nak cepat, pergi ke Pejabat PTPTN dan mereka akan bagi Surat Tawaran Ujrah untuk dilengkapkan butirannya. TAPI syarat untuk memohon Ujrah ini, kita perlu melangsaikan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah bayaran yang tertunggak. Apa pun, jangan panik dulu.
4. Pengeluaran Simpanan KWSP
Sewaktu mempertimbangkan permohonan Ujrah, saya dah beritahu pihak PTPTN siap-siap yang saya tak ada duit sebanyak itu. Jadi, saya diberitahu yang saya boleh memohon pengeluaran KWSP Akaun 2.
PTPTN akan memberi dokumen yang perlu kita bawa ke Pejabat KWSP. Lepas itu, mereka akan masukkan terus amaun pengeluaran KWSP tadi ke dalam Akaun PTPTN kita melalui sistem komputer.
Proses ini berjalan dengan sangat lancar, iaitu dalam masa beberapa minit saja. Dokumen dari KWSP yang dah disahkan tadi perlu diserahkan semula kepada Pegawai PTPTN untuk proses terakhir. Selepas itu, kita pun boleh buat bayaran bulanan seperti biasa.
5. Rancangkan Pendapatan Tambahan
Kadar bayaran selepas memohon Ujrah adalah sangat berpatutan. Saya yang meminjam RM35,000 tadi cuma perlu membayar RM200 sebulan. Tapi kalau dah namanya surirumah, mana pula nak ‘cekau’ RM200? Tambahan pula, hidup di luar bandar Sarawak ini bukannya mudah kerana kurangnya fasiliti, tiada sanak-saudara, dan peluang pekerjaan yang sangat terhad.
Tapi, benarlah Allah kata kalau kita usaha, insha Allah ada jalannya.
Kebetulan, saya mendapat peluang menjadi pensyarah separuh masa dengan sebuah institusi kerajaan. Walaupun sekadar part time, saya cuba gunakan peluang tersebut untuk memohon pembiayaan ASB melalui CIMB.
6. Ambil Pembiayaan ASB
Bagi saya, ini adalah ‘simpanan paksa’ saya dan wang persaraan saya. Lagipun, melalui simpanan ASB, kita hanya perlu mempunyai modal simpanan sekurang-kurangnya untuk 1 tahun dengan nilai yang kita mampu. Selepas tempoh itu, kalau tak ada simpanan pun, kita boleh keluarkan dividen (rolling dividend) untuk meneruskan ‘akaun persaraan’ ini sehingga habis tempoh ikatan perjanjian nanti.
Kalau dah malas nak teruskan, kita boleh terminate pembiayaan ASB dan dapatkan sedikit keuntungan selepas tempoh matang. Kalau disiplin, bolehlah dapat sekitar RM50,000 hingga RM200,000 selepas 10-30 tahun dari tarikh pembiayaan (bergantung kepada jumlah pembiayaan yang kita pilih). Mungkin ada yang kata tak untung pun, tapi kalau saya simpan sendiri tak tahulah dapat ke tidak sebanyak itu.
Lepas hampir setahun mengajar, saya kembali menjadi surirumah hinggalah ke hari ini. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana saya masih mempunyai punca pendapatan di rumah melalui penulisan. Selagi ada duit lebih, saya akan biarkan dividen tersimpan di dalam akaun tanpa disentuh.
Kalau nak ikutkan, duit ‘simpanan paksa’ saya kini boleh membayar separuh daripada jumlah hutang PTPTN tersebut. Tapi, disebabkan jarak pejabat PTPTN yang jauh dan kurangnya bank yang berdekatan, duit tersebut saya peramkan dulu. Manalah tahu PTPTN ada buat promosi bayaran balik, berbaloi juga menunggu untuk bayar lump sum.
Jangan Biarkan Hutang PTPTN Menghantui Anda
Memang ada banyak sebab yang boleh menjadi punca hutang PTPTN kita tertunggak. Walau apa pun, janganlah takut untuk menghadapinya.
Sebaliknya, ambil langkah proaktif dan cuba bertanyakan kepada pihak PTPTN kerana mereka mungkin mempunyai pilihan dan pelan kewangan yang boleh kita usahakan. Rancangkan simpanan dengan baik dan cubalah mencari sumber pendapatan sekadar yang mampu. Sedikit tak mengapa, yang penting berkat. Jangan percaya pada skim cepat kaya atau bisnes yang meragukan.
Saya akui saya tak ada latarbelakang kewangan yang kukuh. Keluarga pun cukup makan saja. Mungkin disebabkan ‘tersadai’ di perantauan ini, ada hikmahnya yang tersendiri yang menjadikan saya ingin berdikari. Saya faham betapa sukarnya seorang wanita yang perlu menjadi surirumah walaupun mempunyai Degree mahupun Master. Bukan setakat kena tahan telinga daripada mulut-mulut orang sekeliling, bahkan sampai satu masa kita mungkin pernah berasa menjadi ‘beban’ kepada suami hingga sanggup ­mengabaikan hutang sendiri.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa saja, terutamanya kepada peminjam PTPTN di luar sana. Apa yang dituliskan ini hanyalah melalui pengalaman saya. Saya bukanlah seorang pakar kewangan. Jadi, kalau ada yang lebih berpengalaman dan tahu selok-belok yang lebih menguntungkan, bolehlah kongsikan tipsnya semoga lebih ramai akan dapat manfaatnya.
Sumber: Puan Nazurah Hassan


from Kiambang Merah http://ift.tt/2nE7hXa
on Leave a Comment

Ya Allah! Adik Beradik Menumpang di Pusat Snooker, Selalu Tak datang sekolah..Berkat Usaha Akhirnya Dia Cemerlang dalam SPM


Kisah pelajar perempuan SMK Seri Kota Puteri ini mula viral di media sosial. Membaca sedikit kisahnya, sudah membuatkan hati terasa dengan kesusahan yang dialaminya itu. 

Seawal usia remaja begitu, dia dan adik beradiknya yang lain ditinggalkan bapa yang entah kemana. Akhirnya terpaksa menumpang berteduh di pusat hiburan berkenaan. 

Pernah dibuang sekolah semasa tingkatan 4. Di waktu tingkatan 5 pula, dia datang untuk daftar seorang diri sebelum menghilangkan diri beberapa bulan kemudian. Bimbang pelajar yang mempunyai potensi ini ketinggalan, guru terbabit berusaha mencari dan memastikan dia berjaya. Hasilnya? Sangat tidak mengecewakan!









Hidup merempat menumpang di pusat snooker bersama adik beradiknya yang lain. Inilah rumah mereka. Beraya, berpuasa, berteduh semuanya di sini, namun masih mampu untuk cemerlang dalam SPM

6A 1B 1C

Inilah kejayaan yang amat bermakna untuk adik Farah Marcella, pelajar SMK Seri Kota Puteri. 
InshaAllah saya punya kawan-kawan yang prihatin dan saya akan membantu pengajian beliau yang seterusnya. Saya harap anda sudi untuk bersama-sama membantu Farah Marcella. Maklumat lengkap akan dimaklumkan nanti. 

Anak ini tidak berkemampuan, ditinggalkan bapa dengan adik beradik yang ramai tanpa rumah. Kerap tidak hadir ke sekolah dan akhirnya dibuang sekolah semasa tingkatan 4. 




Masuk tingkatan 5, dia datang daftar dirinya sendiri. Beberapa bulan kemudian, dia menghilangkan diri lagi. Saya cuba mencari dia. Saya lihat dia susah dan jika tidak dibantu, ia merupakan satu kerugian kerana saya nampak dia ada potensi. 

Saya bawa dia pulang ke rumah, saya jaga dia, ajar dia, tuisyenkan dia. Hanya dalam tempoh dua bulan setengah sahaja, akhirnya atas usaha dia juga yang tidak mengenal erti penat lelah, dia berjaya! 

Allah, semoga dia terus diberikan kekuatan kecemerlangan di dunia dan akhirat. 

yhereporter.my
on Leave a Comment

Aiman Hakim Akui Masih Sayang Fathia Latiff

Walaupun sudah berpisah lebih setahun lalu, Aiman Hakim Redza mengakui masih menyayangi bekas kekasihnya, Fathia Latiff selepas menjalinkan hubungan cinta dengan wanita itu selama empat tahun. Biarpun kini sayangnya terhadap Fathia hanya sekadar kawan namun sehingga kini Aiman masih tidak dapat melupakan wanita itu sepenuhnya.

BACA: Fathia Latiff Nafi Kembali Bercinta Dengan Aiman Hakim

“Kami masih berkawan. Adalah sekali kami bertemu selepas putus cinta. Bagaimanapun, kami selalu juga berborak dan bertanya khabar menerusi telefon. Saya masih menyanyanginya sebagai kawan. Saya tetap mengambil berat mengenainya. Bagi saya, Fathia ialah wnaita yang cukup sempurna. Saya belajar benyak perkara mengenai kematangan hidup dengannya”

“Saya boleh anggap pengalaman percintaan bersamanya sesuatu yang sangat manis, Fathia banyak membuka minda dan berkongsi pengalaman hidup dengan saya. Sampai hari ini pun, saya belum berupaya melepas dan memulihkan perasaan saya sepenuhnya. Saya memang tidak buat kenyataan selepas putus dengannya kerana saya menghormatinya”

“Saya rasa tidak perlulah orang luar mengetahui apa yang berlaku, cukuplah sekadar kami berdua sahaja. Saya juga perlu menjaga hati keluarga saya dan Fathia. Jadi biarlah kisah cinta kami disimpan di lubuk hati paling dalam,” jelasnya kepada Berita Harian Plus mengenai perasaannya terhadap Fathia walaupun sudah berpisah lebih setahun lalu.

Biarpun kecewa dengan perpisahan yang terjadi namun Aiman menerima ketentuan takdirnya. Sebelum ini hubungan pasangan ini tiba-tiba sahaja bergolak dan akhirnya berpisah. Namun sehingga kini, masing-masing tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan itu walaupun pernah seketika nama Ayda Jebat terpalit menjadi orang ketiga diantara mereka. (rtky/w)

networkedblog

Popular Posts

h12

Powered by Blogger.

Followers

Cara mencari ketenangan